KEBIJAKSANAAN ADAB MELAYU DALAM HIKAYAT HANG TUAH: KERIS SEBAGAI CERMINAN MASYARAKAT BERILMU THE WISDOM OF MALAY ETIQUETTE IN THE HIKAYAT HANG TUAH: THE KERIS AS A REFLECTION OF AN ENLIGHTENED SOCIETY

Main Article Content

Muzaffar Mohd Zafri
Rahimah Hamdan
Arba’ie Sujud
Abdul Mua’ti @ Zamri AHMAD

Abstract

ABSTRAK


 


Keris merupakan simbol atau cerminan budaya yang amat signifikan kepada masyarakat di Alam Melayu. Keris tidak hanya dilihat sebagai senjata, tetapi sebagai alat yang mengandungi nilai simbolik dan spiritual yang mendalam. Namun, wujud unsur mistik yang sering dikaitkan dengan keris sehingga menyebabkan perspektif negatif sinonim dengan warisan budaya ini. Persoalannya, adakah cerminan keris menurut masyarakat Melayu tradisional? Apakah wujud kaitan antara adab dan ilmu dalam penggunaan keris? Kajian-kajian lalu telah  menimbulkan jurang ilmu yang ketara terutamanya dalam mengangkat keris sebagai cerminan budaya masyarakat yang beradab dan berilmu. Hal ini menjustifikasikan kajian ini dilakukan dengan dua objektif kajian, iaitu untuk menganalisis kebijaksanaan adab menerusi penggunaan keris dalam Hikayat Hang Tuah dan untuk merumuskan keris sebagai cerminan masyarakat berilmu dalam karya tersebut. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis teks terhadap karya magnum opus Hikayat Hang Tuah. Pendekatan yang dipilih adalah konsep kebijaksanaan adab oleh Muhd Norizam Jamian dan Zubir Idris (2019) berasaskan kerangka pemikiran adab oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Kajian ini memfokuskan kepada unsur-unsur kebijaksanaan adab, terutamanya aspek ilmu yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keris bukan sahaja berfungsi sebagai senjata, tetapi mencerminkan penguasaan ilmu dan kebijaksanaan adab oleh masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks keperibadian Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu tersohor. Kajian ini memberikan justifikasi pentingnya kefahaman yang lebih mendalam tentang keris yang bertanggungjawab membentuk adab, pemikiran dan budaya masyarakat Melayu. Kajian ini dapat menyumbang kepada pemahaman peranan keris sebagai senjata yang signifikan khususnya ke arah pembentukan  generasi muda yang berkualiti.


ABSTRACT


 


The keris holds deep cultural significance in the Malay world. It is not merely a weapon but a symbol laden with profound spiritual and cultural values. Unfortunately, its association with mysticism has often overshadowed its true meaning, leading to negative perceptions of this cultural heritage. This raises important questions: how does the keris reflect the worldview of traditional Malay society? Is there a connection between etiquette (adab) and knowledge in the use of the keris? Previous studies have left a significant gap in understanding the keris as a reflection of a cultured and enlightened society. This study aims to address this gap by pursuing two objectives: to analyze the wisdom of adab through the keris in Hikayat Hang Tuah and to establish its role as a symbol of an enlightened society in the text. The methodology involves textual analysis of the magnum opus Hikayat Hang Tuah, employing the concept of adab wisdom as articulated by Muhd Norizam Jamian and Zubir Idris (2019) and grounded in Syed Muhammad Naquib Al-Attas’s framework on adab. The study focuses on elements of adab wisdom, particularly the aspect of knowledge, as depicted in Hikayat Hang Tuah. Findings reveal that the keris is not merely a weapon but a representation of intellectual mastery and ethical wisdom. Within the narrative, it emerges as a symbol of strength—physical, moral, and intellectual—embodied by Hang Tuah, the celebrated Malay warrior. This study underscores the importance of understanding the keris beyond its mysticism, highlighting its role in shaping Malay thought, culture, and adab. Ultimately, it contributes to inspiring a deeper appreciation for the keris as a cultural legacy, particularly in cultivating a generation that values knowledge and wisdom.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Muzaffar Mohd Zafri, Rahimah Hamdan, Arba’ie Sujud, & Abdul Mua’ti @ Zamri AHMAD. (2025). KEBIJAKSANAAN ADAB MELAYU DALAM HIKAYAT HANG TUAH: KERIS SEBAGAI CERMINAN MASYARAKAT BERILMU: THE WISDOM OF MALAY ETIQUETTE IN THE HIKAYAT HANG TUAH: THE KERIS AS A REFLECTION OF AN ENLIGHTENED SOCIETY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 36(1), 36–48. Retrieved from https://jml.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60817
Section
Articles