History

Jurnal Usuluddin merupakan jurnal rasmi yang diterbitkan oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya bermula tahun 1993 dan penerbitannya masih berlangsung sehingga kini. Sehingga tahun 2026, usia penerbitan Jurnal Usuluddin telah mencecah 33 tahun dengan 106 buah keluaran. Pada penerbitan terkini Jurnal Usuluddin telah diterbitkan dalam dua bentuk iaitu bercetak dan atas talian. Kekerapan penerbitan masih kekal dua kali setahun. Tren penerbitan secara pertahunan bermula pada Jurnal Usuluddin bilangan yang pertama pada tahun 1993 dan penerbitan Jurnal Usuluddin bilangan 53-54 pada tahun 2025. Manakala bagi tahun-tahun lain, tren penerbitan yang ditunjukkan adalah secara dua kali setahun.

Jurnal Usuluddin merupakan medium perbincangan para ilmuan dalam disiplin pengajian usuluddin. Jurnal ini menjadi platform ahli akademik untuk menerbitkan hasil kajian dan juga idea mereka dalam bentuk penulisan ilmiah. Sub tema perbincangannya yang sering dibincangkan termasuklah isu akidah, pemikiran Islam, teologi, dakwah, sejarah dan tamadun, pengajian Al-Quran dan Al-Hadith, ilmu tauhid dan lain-lain yang berkaitan dengan ilmu Usuluddin. Justeru, penekanan Jurnal Usuluddin terhadap bidang Usuluddin sangat sesuai dijadikan bahan ilmiah serta medan perbincangan ahli akademik dalam menyumbangkan hasil idea melalui arena penulisan ilmiah.

Journal of Usuluddin is the official journal published by the Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, starting in 1993, and its publication continues to this day. By 2026, Jurnal Usuluddin will have been in publication for 33 years, with 106 issues. The most recent issue of Jurnal Usuluddin has been published in both print and online formats. The publication frequency remains biannual. The trend of annual publication began with the first issue of Jurnal Usuluddin in 1993, and the publication of Jurnal Usuluddin issue numbers 53-54 in 2025. For other years, the publication trend has been biannual.

Jurnal Usuluddin is a medium for discussion among scholars in the field of usuluddin studies. This journal serves as a platform for academics to present their research findings and ideas in the form of scholarly writing. The sub-themes frequently discussed include issues related to aqidah (Islamic creed), Islamic thought, theology, dakwah (preaching), history and civilization, Qur'anic and Hadith studies, tauhid (theology), and other topics related to usuluddin knowledge. Therefore, the nature of Jurnal Usuluddin, which focuses on usuluddin studies, makes it an ideal scholarly resource and discussion platform for academics to contribute their ideas through academic writing.