Analisa Penulisan Karya Fiqh Melayu (Abad 1600-1800)

Analyse Malay Fiqh Works Writing (1600-1800 Century)

Authors

  • Mohd Puaad Abdul Malik
  • Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
  • Rahimin Affandi Abdul Rahim

Abstract

Pada dasarnya, artikel ini bakal menumpukan perhatian terhadap subjek karya fiqh Melayu klasik1600-1800. Karya-karya fiqh Melayu klasik adalah karya intelektual Melayu yang dihasilkan oleh sarjana Melayu-Islam dalam pelbagai topikdan perbincanganhukum Islam yang merangkumi ibadah, muamalah, munakahat dan lain-lain. Karyafiqh Melayu ini memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu pada awal perkembangan Islam di alam Melayu. Ia sebagai alat komunikasi, pengilmuan mahupun médium pengembangan ilmu. Premis artikel ini menganalisis penulisan karya fiqh yang berkembang di awal era kegemilangan intelektual alam Melayu. Terdapat ciri-ciri penulisan fiqhpada tahun1600 dan ianya berbeza dengan ciri penulisan fiqh pada tahun 1700 dan 1800. Perbincangan penulisan ini termasuklah perbezaan teks penulisandan gaya penulisan fiqh dan ditinjau dari pelbagai skop, item dan ciri penulisan. Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah pensejarahan atau historicismeyang meneliti perkembangan sesuatu idea. Fakta yang diperolehi akan ditapis dengan teliti dengan menggunakan pendekatan induksi sejarah alam Melayu. Kajian menunjukkan penulisan fiqh Melayu klasik terawal mempunyai identiti dan keunggulan yang tersendiri dan merupakan karya intelektual alam Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31.12.2018

How to Cite

Abdul Malik, M. P., Abdul Hamid, F. @ A. F., & Abdul Rahim, R. A. (2018). Analisa Penulisan Karya Fiqh Melayu (Abad 1600-1800): Analyse Malay Fiqh Works Writing (1600-1800 Century). Journal Al-Muqaddimah, 6(2), 71–89. Retrieved from https://jml.um.edu.my/index.php/MUQADDIMAH/article/view/15590

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>