Konsep dan Pendekatan Integratif Dalam Pendidikan Nasional dan Pendidikan Islam

Integrative Concept and Approaches in National Education and Islamic Education

Authors

  • Muhammad Zein
  • Aizan Ali @ Mat Zin

Keywords:

Integrative Education, National Education, Islamic Education, Madrasah

Abstract

Pendidikan Islam integratif telah lama diperkenalkan oleh ulama-ulama semenjak kerajaan Abbasiah pada (750-1258 M). Mereka menggunakan istilah yang sama seperti integrasi, integral dan integratif. Pada hakikatnya sekolah kerajaan dan sekolah madrasah di Indonesia menggunakan kurikulum yang sama. Namun begitu sekolah kerajaan tidak memberi penekanan kepada pendidikan Islam. Oleh itu sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan pendidikan Islam. Artikel ini menyelidik konsep dan pendekatan pendidikan integrasi Islam di Indonesia. Kajian ini merujuk kepada kaedah kualitatif dengan menggunakan tiga cara pengumpulan data iaitu dokumentasi, temubual dan observasi. Pendekataan tersebut dilakukan dengan sistem SKB 3 Menteri (Surat Keputusan Bersama Tiga Menteri). Pelbagai macam cara pendekataan kurikulum integratif yang dikemukakan oleh tokoh–tokoh pendidikan Islam di Indonesia. Pertama dengan cara melebur (membaur). Kedua dengan cara memasukkan nilai pendidikan agama atau menghubungkan pendidikan agama dengan pendidikan akademik atau sebaliknya. Ketigadengan cara perseimbangan antara 50 peratus pendidikan agama dan 50 peratus pendidikan umum dari aspek peratusnya. Kesimpulannya, artikel ini mencadangkan agar pendekatan ketiga cara tersebut menjadi silibus pendidikan nasional di masa akan datang kerana kedua-duanya merupakan tuntutan pendidikan nasional dan pendidikan Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30.12.2018

How to Cite

Zein, M., & Ali @ Mat Zin, A. (2018). Konsep dan Pendekatan Integratif Dalam Pendidikan Nasional dan Pendidikan Islam: Integrative Concept and Approaches in National Education and Islamic Education. Journal Al-Muqaddimah, 6(2), 15–30. Retrieved from https://jml.um.edu.my/index.php/MUQADDIMAH/article/view/15548

Most read articles by the same author(s)