Penggunaan ganti nama diri dalam bahasa Iban

Main Article Content

Norliza Amin

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti serta memberi huraian
terhadap penggunaan ganti nama dan kata panggilan dalam Bahasa
Iban dalam konteks sosiolinguistik. Huraian merangkumi struktur
linguistik serta faktor sosiobudaya masyarakat Iban yang merupakan
pemangkin utama dalam menentukan penggunaan ganti nama diri
dan kata panggilan dalam bahasa Iban. Data untuk artikel dipilih
daripada lapan buah bahan bacaan. Lima buah daripadanya terdiri
daripada cerita-cerita rakyat dan binatang iaitu Pelandok Seduai Tekura,
Menteri Adi, Wat Lamba, Sungai Borneo dan Jengkuan Taju Remaung
Tiga buah lagi dalam bentuk novel iaitu Madu Midang Dilah Tanah
dan Kerapa Nawai. Kesemua bahan-bahan bacaan berkenaan ditulis
dalam Bahasa Iban dan diterbitkan berkulit lembut oleh Biro
Kesusasteraan Borneo (Borneo Literature Bureau).

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Amin, N. (2017). Penggunaan ganti nama diri dalam bahasa Iban. Journal of Modern Languages, 18(1), 191–204. Retrieved from https://jml.um.edu.my/index.php/JML/article/view/3704
Section
Articles